Monday, August 17, 2009

Manap Jepun dll patriot -- bukan bandit

Dalam perang kemerdekaan antara Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) dengan tentera penjajah British antara tahun 1948 hingga 1960 dahulu ramai juga anggota Rejimen Ke-10 (pasukan tentera Melayu PKM) yang gugur di medan perjuangan.

Antara mereka ada namanya yang masih menjadi kenangan dan sebutan sehingga hari ini, kerana peranan mereka yang lebih menonjol, antara lain, kerana keberanian, ketangkasan dan kepintaran mereka dalam pertempuran.

Sekadar menyebut beberapa nama, antara mereka termasuklah Manap Jepun, Wan Ali, Budin Che Soh, Yusof Salleh dan Maimunah Salleh.

Sebelum menyertai peperangan itu, Manap Jepun pernah menjadi Setiausaha PKMM Temerloh, Yusof Salleh menjadi Ketua API dan kemudiannya Ketua PETA Temerloh, dan Maimunah Salleh menjadi Ketua AWAS Temerloh.

Yusof Salleh dan Maimunah Salleh ialah pasangan suami isteri yang cergas dan komited dalam gerakan kiri. Maimunah bertempur sehingga ketitisan darah yang akhir untuk membela suaminya Yusof Salleh yang terkorban terlebih dahulu dalam satu penangkapan terancang yang dilakukan oleh tentera penjajah.

Nama sebahagian daripada, khasnya Manap Jepun, Wan Ali dan Budin Che Soh ada tersebut dalam beberapa buku Inggeris dan mereka dicap sebagai "bandit".

Cap sebagai bandit itu tentu tidak betul dan tidak tepat, kerana mereka ialah orang-orang yang sanggup bergadai nyawa untuk menentang penjajah secara bersenjata demi membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah.

Mereka sebenarnya ialah patriot dan julukan itulah yang sesuai dengan diri mereka.

Mereka bukan bandit, tetapi patriot, kerana perjuangan mereka ialah demi kemerdekaan tanah air yang mereka cintai.

3 comments:

HBResources said...

Kasian....ashkar dan polis melayu yang mampos jadi baruah British, tak gitu?

Liza Z. said...

Assaamualaikum.. Saya mmg menyokong pendapat penulis.. Sbgai salah seorang cucu kpd allahyarham Wahi Anuar, panglima Rejimen ke 10, kami berasa kecewa dan sedih dgn panggilan dan hinaan yg diberikan kpd datuk kami.. Segala sacrifice yg diberikan utk melepaskan negara dr penjajah tidak dihargai lansung.. Beliau (Wahi Anuar) telah berkorban masa, tenaga, tanggungjawab kepada keluarga, demi negara.. Anak2 beliau telah diabaikan demi negara.. Selama 10 tahun beliau dipenjarakan sebagai tahanan politik, keuarga nya juga merana.. Tetapi setelah negara merdeka, bukan saja jasa beliau telah dilupakan, bahkan tindak tanduk beliau telah salah ertikan.. Kami sebagai waris beliau, mmg amat kecewa.. Tapi apa booleh buat, mmg itu adat dunia..

ahazeman said...

Liza Z. semoga Allah sahaja lah menghargainya. Penghargaan manusia kadangkala bahaya sebab silap gaya kita tak ikhlas dan tidak dipandangNYA.