Monday, November 10, 2008

Anwar akan hapuskan ISA

Ketika melancarkan 4 buah buku S.Husin Ali di Shah Alam pada 9 Nov.2008, Anwar Ibrahim mengatakan bahawa ISA akan dihapuskan sebaik saja Pakatan Rakyat berjaya memerintah kerajaan (kerajaan Pusat).

Walaupun kita tidak pasti bila Pakatan Rakyat akan berjaya memerintah, tetapi saya tentu menyokong tindakan yang beliau akan ambil.

Untuk rekod, semasa Anwar berada dalam kerajaan BN dulu, dia agaknya tidak terfikir untuk mencadangkan supaya ISA dihapuskan.

Tapi sekarang kedudukan Anwar sudah berubah -- bukan lagi bersama BN. Jadi wajar saja jika pendiriannya juga turut berubah.

Kebetulan salah satu buku S.Husin yang dilancarkan oleh Anwar ialah cetakan semula bukunya, Dua Wajah, yang menceritakan pengalaman S.Husin selama 6 dalam tahanan ISA.

Memang ISA adalah undang-undang rimba yang zalim, yang menafikan hak asasi manusia, kerana membolehkan penahanan tanpa bicara selama bertahun-tahun, hanya berasaskan "keputusan" seorang menteri!

Jadi memang wajar ia dihapuskan sekarang juga, kalau kerajaan BN mahu mendengar suara dan rintihan rakyat.

2 comments:

sang murba said...

Ketika Anwar berada dalam kerajaan BN dahulu dia tidak pernah menyebut hendak menghapuskan ISA.

Bagaimana nanti jika dia kembali menjadi orang yang berkuasa? Tidakkah mungkin dia akan "memusing cakapnya{, kerana mungkin dia boleh menggunakan ISA untuk mengekalkan kuasanya?

azlishukri said...

ISA masih diperlukan..cara pelaksanaan sahaja yang perlu ditukar..