Tuesday, September 15, 2009

Membaca Manifesto Parti Komunis dalam bahasa Malaysia

Mungkin ramai sekali orang yang bersikap antikomunis dan benci pada fahaman komunis, tapi mereka sebenarnya tidak pernah membaca risalah termasyhur, karya Marx dan Engels yang bertajuk "Manifesto Parti Komunis".

Sekarang tentera PKM sudah dibubarkan, dan PKM tentunya tidak menjadi ancaman lagi kepada negara kita, Malaysia. Adakah sesiapa yang berminat membaca karya Marx dan Engels yang mendorong tercetusnya revolusi komunis hampir di seluruh dunia itu?

Manifesto Parti Komunis telah diterjemahkan ke bahasa Indonesia buat kali yang pertama pada tahun 1924, kemudian direvisi pada tahun 1948. Pada tahun 1954 dibuat lagi revisi dan pembaikan terakhir.

Jadi orang Indonesia tentunya beruntung dapat membaca risalah yang mula-mula terbit di London pada tahun 1848 itu sejak tahun 1924 lagi.

Ini bermakna pemimpin komunis Indonesia yang tidak pandai berbahasa Belanda atau Inggeris boleh membaca terjemahannya dalam bahasa Indonesia, begitu juga ahli-ahli parti komunis di Indonesia.

Kita tidak tahu sama ada Manifesto Parti Komunis dalam bahasa Indonesia itu pernah sampai ke Malaysia atau tidak, dan sama ada tokoh-tokoh komunis Melayu seperti Rashid Maidin, Abdullah C.D., Musa Ahmad, Wahi Anwar dll pernah membacanya atau tidak.

Pada tahun 2002, ketika saya bertemu dengan Kamarulzaman Teh (allahyarham), salah seorang tokoh Melayu PKM, saya pernah bertanya sama ada beliau pernah membaca risalah tersebut atau tidak. Katanya dia pernah membacanya. Tapi saya lupa bertanya sama ada yang dibacanya itu risalah dalam bahasa Inggeris atau terjemahannya dalam bahasa Indonesia.

Pada tahun 2003, setelah lebih 150 tahun risalah itu diterbitkan dalam pelbagai bahasa penting di dunia barulah muncul terjemahannya dalam bahasa Malaysia; itupun yang saya jumpai dalam versi internet. Saya tidak tahu sama ada ia pernah diterbitkan dalam bentuk buku dalam bahasa Malaysia atau sebaliknya.

Jika kita membaca sendiri risalah tersebut, saya kira kita akan sampai kepada kesimpulan, bahawa idea Marx dan Engels yang sangat "ditakuti" pada satu masa dahulu tidaklah "sejahat" mana. Ia hanya menyeru kaum proletar (buruh industri) sebagai satu kelas yang baru berkembang pada masa itu berjuang menentang kelas borjuis (pemilik modal) yang merupakan kelas pemerintah melalui revolusi.

Revolusi itu telah berjaya di pelbagai negara dan pada satu masa dahulu wujudlah pelbagai negara komunis, besar dan kecil, di pelbagai belahan dunia. Ia merupakan kehendak sejarah, tapi kini sesetengah negara itu juga sudah runtuh dan sudah menjadi sejarah.

4 comments:

Mat Amin said...

Salam ytc Pacar Merah,

Manifesto Parti Komunis p Karya Marx dan Engels versi Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) ada tersimpan di Muzium Sejarah Kampung Perdamaian Sukhirin.

Ia diterjemahkan oleh Suara Revolusi Malaya (SRM) dan disemak dengan edisi Inggeris dan China.

Insya Allah, bila ada kesempatan, KINI DAN SILAM akan menyiarkannya

Lekiu said...

Anda berkata "......kesimpulan, bahawa idea Marx dan Engels yang sangat "ditakuti" pada satu masa dahulu tidaklah "sejahat" mana....."

If my memory serves me right, according to Marx the bourgeois will never voluntarily surrender their privileged position in life and therefore the need for armed struggle and violent confrontation is of primary importance.

Upon seizing power, the Communist party will appropriate by force all private property. Which is why the follow through after any Communist party coming into power would always be accompanied by violence.

Khmer Rouge violent episode and China's Cultural Revolution are just a few example of all that can go wrong with Communism.

In all sincerity, I am trying to open my mind to new perspective. I keep asking myself whether I have been so badly indoctrinated that I cannot see any redemptive value in communism.

With that Sir, I await in breathless anticipation of your rebuttal.

ahmadnizamhamid said...

Salam bapak yth,
saya punya versi Bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris.ada yang ingin diceritakan:tahun 1989 sehabisa sahaja orientasi siswa baru di UM saya telah pergi ke Perpustakaan Umum UM (kami panggil PUB) dengan niat untuk meminjam dan membaca Communist Manifesto dll.pustakawan bertanya adakah saya post-grad?jujur saya menjawab saya baru habis orientasi siswa tahun satu.rupa-rupanya terlalu sukar untuk meminjam buku tersebut dll yg terpaksa saya urungkan niat saya.baru di tahun 1991,jika tidak silap saya baru dapat membacanya setelah diberi pinjam oleh pensyarah muda yang kembali dari UK atau USA (tak ingat).pun begitu saya tidak berniat disini untuk berpolemiks tentang tesis dan teori marx ini cuma yang boleh disimpulkan bahawa karangan marx dan engels itu menarik dan memcabar.
akhir kalam;-Kami Sekeluarga Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Dan Dari Dalam Diri Kami Memohon Berbanyak Ampun Dan Maaf Diatas Segala Keterlanjuran.Mudah-mudahan Di Hari Yang Berbahagia Ini Akan Dapat Memperteguhkan Silaturrahim Kita,InsyaAllah.

Mat Amin said...

Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin
buat ytc Pacar Merah dan pembaca blog ini

Yang Ikhlas
Mat Amin